Bahagian Fiqh

Jawapan: Taharah bermaksud menghilangkan halangan untuk beribadat iaitu dengan membersihkan diri daripada hadas atau najis yang menghalang daripada mendirikan solat.
Nabi SAW bersabda:
"Kunci solat adalah bersuci." Riwayat Abu Dawud.
Taharah daripada najis (kotoran): Ini bermaksud membersihkan tubuh, pakaian, atau tempat solat daripada najis.
Taharah daripada hadas:
Ini dilakukan dengan mengambil wuduk atau mandi dengan air suci, atau bertayamum apabila tiada air atau tidak mampu menggunakannya.

Jawapan: Najis dibersihkan dengan membasuhnya dengan air sehingga hilang. Jika najis itu daripada jilatan anjing, ia mesti dibasuh tujuh kali dengan basuhan pertama menggunakan tanah.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Sucinya sesuatu bekas jika dijilat anjing ialah dengan membasuhnya tujuh kali, yang pertama dengan tanah." Riwayat Muslim.

Jawapan: Nabi SAW bersabda: "Apabila seorang Muslim berwuduk, apabila dia membasuh wajahnya, keluarlah dosa-dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air. Apabila dia membasuh tangannya, dosa-dosa yang dilakukan oleh tangannya keluar bersama air. Apabila dia membasuh kakinya, keluarlah dosa-dosa yang dilakukan oleh kakinya bersama air sehingga dia keluar dalam keadaan bersih daripada dosa." Riwayat Muslim.

Jawapan: Dengan membasuh tangan tiga kali. Berkumur, menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya tiga kali.
Berkumur adalah memasukkan air ke dalam mulut, kemudian memuntahkannya semula.
Cara menyedut air ke dalam hidung adalah dengan menyedut air dengan nafas ke dalam hidung dengan menggunakan tangan kanan.
Cara menghembuskan air dari hidung adalah menghembuskannya dengan tangan kirinya.
Kemudian membasuh muka sebanyak tiga kali.
Kemudian membasuh kedua-dua tangan termasuk siku sebanyak tiga kali.
Kemudian menyapu kepala dengan dua tangan, dari depan ke belakang, dan belakang ke depan, kemudian menyapu kedua-dua telinga.
Kemudian membasuh dua kaki termasuk buku lali sebanyak tiga kali.
Inilah tatacara wuduk paling sempurna dalam hadis-hadis Nabi yang diriwayat 'Uthman bin 'Affan, Abdullah bin Zayd, dan lain-lain, dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.
Dalam Sahih al-Bukhari juga dinyatakan: "Baginda berwuduk sekali, sekali. Baginda berwuduk dua kali, dua kali." Ertinya: Kadangkala, baginda membasuh setiap anggota sekali sahaja, atau dua kali.

Jawapan: Rukun wuduk adalah perbuatan yang tidak sah wuduk jika ditinggalkan salah satu daripadanya.
1. Membasuh muka, termasuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung.
2. Membasuh kedua-dua tangan termasuk siku.
3. Menyapu kepala, termasuk dua telinga.
4. Membasuh dua kaki termasuk buku lali.
5. Mengikut tertib anggota ini. Iaitu dengan membasuh muka, kemudian dua tangan, kemudian menyapu kepala, kemudian membasuh kaki.
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah wajahmu, tanganmu hingga ke siku, sapulah kepalamu, dan basuh kakimu hingga ke buku lali." (Surah al-Ma'idah: 6)
6. Berturutan, iaitu melakukan perbuatan-perbuatan ini secara bersambungan, tanpa sebarang jeda waktu yang sempat anggota wuduk sebelumnya menjadi kering. Seperti dia berwuduk separuh, kemudian dia menyambung wuduknya pada waktu lain. Wuduk begini tidak sah.
Ini berdasarkan hadis:
"Nabi SAW melihat seorang lelaki yang sedang solat, padahal pada kakinya terdapat suatu kawasan sebesar 50 sen yang tidak terkena air. Maka baginda mengarahkan lelaki itu mengulang wuduk dan solat." Riwayat Abu Dawud.

Jawapan: Sunat wuduk adalah perbuatan yang jika dilakukan, dia mendapat pahala lebih. Jika dia tinggalkan, tidak berdosa dan wuduknya tetap sah.
1. Menyebut nama Allah dengan mengucapkan: Bismillah. Sunah ini berdasarkan hadis: "Tidak sempurna wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah pada wuduknya." Riwayat Abu Dawud.
2. Bersugi. Sunah ini berdasarkan hadis: "Sekiranya bukan kerana saya tidak mahu menyukarkan umatku, pastilah saya perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali berwuduk." Riwayat Ahmad.
3. Membasuh kedua-dua pergelangan tangan.
4. Menyelat antara celah-celah jari. Sunah ini berdasarkan hadis: "Sempurnakanlah wuduk. Selatlah celah-celah jari. Bersungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung, kecuali jika dia berpuasa." Riwayat kitab-kitab Sunan.
5. Basuhan kedua dan ketiga anggota wuduk.
6. Memulakan anggota kanan terlebih dahulu, Berdasarkan hadis 'Aisyah RA: "Nabi SAW gemar untuk memulakan dengan kanan ketika menyarung capal, ketika bersikat, ketika bersuci, dan pada semua urusannya yang lain." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
7. Bacaan selepas wuduk: "Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya." Riwayat Muslim.
8. Solat dua rakaat selepas berwuduk. Sunah ini berdasarkan hadis: "Sesiapa yang berwuduk seumpama wudukku ini, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat, dia tidak melayan bicara dirinya dalam dua rakaat itu, maka akan diampunkan segala dosa kecilnya yang berlalu." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jawapan:

Keluarnya sesuatu daripada kemaluan depan atau belakang, sama ada air besar, air kecil, mahupun angin.
Tidur nyenyak, atau gila atau pengsan. Ini berdasarkan hadis: "Mata itu tali ikat lubang belakang. Sesiapa yang tertidur, hendaklah dia berwuduk." Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah.
Makan daging unta. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, "Adakah perlu berwuduk selepas makan daging unta?" Baginda bersabda, "Ya." Riwayat Muslim.
Menyentuh kemaluan depan atau belakang tanpa sebarang alas. Ini berdasarkan hadis: "Sesiapa yang menyentuh kemaluannya, hendaklah dia berwuduk semula." Riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dan lain-lain.

Jawapan: Tayamum ialah menggunakan tanah atau lain-lain debu bumi untuk bersuci ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air.
Firman Allah SWT:
"Jika kamu tidak menemukan air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih, lalu sapukanlah ke wajah dan tanganmu." (Surah al-Nisa': 43)

Jawapan: Tayamum dilakukan dengan menepuk kedua-dua tangan ke atas tanah yang bersih, kemudian menyapukannya ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
Nabi SAW bersabda kepada Ammar bin Yasir:
"Cukuplah kamu melakukan seperti ini." Kemudian Nabi SAW menepukkan kedua-dua tangan ke tanah, lalu menyapukan ke muka dan kedua-dua tangan. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jawapan: Tayamum terbatal dengan:
- Semua perkara yang membatalkan wuduk.
- Apabila menemui air, bagi mereka yang bertayamum kerana ketiadaan air.

Jawapan:
Khuf: Stoking kaki yang diperbuat daripada kulit.
- Stoking: Sebarang penutup kaki yang bukan diperbuat dari kulit.
Dibolehkan menyapu di atas khuf dan stokin sebagai ganti daripada membasuh kaki dalam wuduk dengan syarat tertentu.
Riwayat daripada al-Mughirah bin Syu'bah RA bahawa Rasulullah SAW berwuduk dan menyapu di atas stoking. Riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dan lain-lain.
Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim: "Lalu baginda berwuduk dan menyapu wuduk di atas kedua-dua khuf."

Jawapan: Tujuan dibolehkan menyapu di atas khuf atau stoking ialah untuk memberi kemudahan dan keringanan kepada umat Islam, terutamanya dalam keadaan sejuk, musim dingin, atau dalam perjalanan. Firman Allah SWT: "Allah menginginkan kemudahan untuk kamu dan tidak menginginkan kesusahan." (Surah al-Baqarah: 185)

Jawapan: Syarat-syarat sah menyapu di atas khuf atau stokin ialah:

1. Memakainya dalam keadaan suci, iaitu selepas berwuduk.
Riwayat daripada al-Mughirah R.A bahawa beliau berkata: “Saya pernah bersama Nabi SAW dalam satu perjalanan. Ketika saya ingin menanggalkan khuf baginda, baginda bersabda: 'Biarkanlah khuf itu kerana saya menyarungnya dalam keadaan suci.' Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khuf tersebut." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
2. Khuf atau stoking tersebut hendaklah suci. Tidak boleh menyapu wuduk atas khuf bernajis.
3. Hendaklah khuf atau stoking menutup anggota kaki yang wajib dibasuh ketika berwuduk.
4. Hendaklah sapuan tersebut hanya dilakukan dalam tempoh masa yang tertentu sahaja. Iaitu 24 jam bagi bukan musafir, 72 jam bagi musafir.
Ali bin Abi Talib R.A meriwayatkan: Rasulullah SAW menetapkan tempoh menyapu bagi musafir ialah tiga hari tiga malam, manakala bagi orang yang tidak musafir (bermukim) ialah sehari semalam. Riwayat Muslim.

Jawapan: Cara menyapu ialah dengan meletakkan tapak tangan yang basah pada kawasan jari kaki, kemudian melalukan tangannya hingga ke betis. Kaki kanan disapu dengan tangan kanan, dan kaki disapu kiri dengan tangan kiri. Jari tangan hendaklah direnggangkan semasa menyapu dan tidak perlu mengulangi sapuan.

Jawapan:
1. Tempoh menyapu tamat. Tidak dibenarkan menyapu di atas khuf atau stoking selepas tamat tempoh yang ditetapkan, iaitu sehari semalam bagi yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi musafir.
2. Menanggalkan khuf atau stoking. Jika seseorang menanggalkan salah satu atau kedua-dua khuf atau stoking selepas menyapu, maka terbatallah sapuan tersebut.

Jawapan: Solat ialah ibadah kepada Allah dengan ucapan dan perbuatan yang tertentu, dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

Jawapan: Solat ialah kewajipan ke atas setiap Muslim.
Firman Allah SWT:
"Sungguh! Solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman." (Surah al-Nisa': 103)

Jawapan: Meninggalkan solat adalah kekufuran. Nabi SAW bersabda: "Batas janji antara kita dan mereka (orang kafir) ialah solat. Maka sesiapa yang meninggalkan solat, dia telah kafir." Riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan lain-lain.

Jawapan: Lima solat yang diwajibkan dalam sehari semalam:
- Solat Subuh: 2 rakaat.
- Solat Zuhur: 4 rakaat.
- Solat Asar: 4 rakaat.
- Solat Maghrib: 3 rakaat.
- Solat Isyak: 4 rakaat.

Jawapan:

1. Islam: Maka tidak sah solat orang kafir, kerana amalannya terbatal disebabkan syirik.
Firman Allah SWT:
"Sekiranya engkau mempersekutukan Allah, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu." (Surah al-Zumar: 65)
2. Berakal. Maka tidak sah solat orang gila.
3. Mumayyiz. Maka tidak sah solat kanak-kanak kecil yang belum mumayyiz.
Nabi SAW bersabda:
"Pena catatan amal diangkat daripada tiga golongan: orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang gila sehingga dia kembali berakal." Diriwayatkan dalam kitab-kitab sunan.
4. Niat.
Nabi SAW bersabda:
"Setiap amalan hanya diterima dengan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
5. Masuk waktu solat. Firman Allah SWT: "Sungguh! Solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman." (Surah al-Nisa': 103)
6. Suci daripada sebarang hadas. Nabi SAW bersabda: "Allah tidak menerima mana-mana solat orang yang berhadas, sehinggalah dia berwuduk." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
7. Suci daripada sebarang najis. Allah SWT berfirman: "Dan bersihkanlah pakaianmu!" (Surah al-Muddaththir: 4)
8. Menutup aurat. Allah SWT berfirman: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah setiap kali memasuki masjid." (Surah al-A'raf: 31)
9. Menghadap kiblat. Firman Allah SWT: "Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, hadapkanlah wajahmu ke arahnya." (Surah al-Baqarah: 144)

Jawapan: Rukun solat ialah 14 perkara yang wajib dilakukan. Jika salah satu daripadanya ditinggalkan, solat tidak sah. Rukun-rukun solat adalah:
- Berdiri tegak dalam solat fardu bagi yang mampu. Nabi SAW bersabda: "Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu, maka duduklah dan jika tidak mampu juga, solatlah dengan berbaring." Riwayat al-Bukhari.
- Takbiratul ihram, iaitu mengucapkan "Allahu Akbar". Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu hendak solat, maka bertakbirlah (dengan mengucapkan Allahu Akbar)." Riwayat al-Bukhari dan Muslim
- Membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat. Nabi SAW bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah)." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Rukuk, dan dia meratakan belakangnya setentang dengan kepalanya.
Bangkit daripada rukuk.
- Iktidal dalam keadaan berdiri. Nabi SAW bersabda: "Kemudian rukuklah sehingga kamu tenang dalam keadaan tersebut. Kemudian bangkitlah sehingga tubuhmu tegak berdiri." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Sujud, dengan menancapkan dahinya, hidungnya, tapak tangannya, lututnya dan hujung jari-jemari kakinya di atas tempat sujud.
- Bangkit daripada sujud.
- Duduk antara dua sujud. Nabi SAW bersabda: "Kemudian sujudlah sehingga kamu tenang dalam posisi sujud. Kemudian bangkitlah, sehingga kamu tenang dalam posisi duduk." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Tatacara duduk sunnah:
Iftirasy, dengan duduk di atas kaki kiri yang dibantalkan bawah punggung, sementara kaki kanan dilipat ke belakang dengan hujung jari-jemarinya dilipat ke arah kiblat. 'Aisyah RAH meriwayatkan: "Nabi SAW biasa membantalkan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya." Riwayat Muslim.
- Tumakninah, iaitu tenang dalam setiap perbuatan rukun.
- Tahiyat akhir. Ibn Mas'ud RA berkata: "Dahulu kami membaca dalam solat... sebelum diwajibkan tahiyat." Riwayat al-Nasa'i.
- Duduk tahiyat akhir.
- Memberi salam dua kali, iaitu dengan menyebut: "Assalamualaikum warahmatullah." Dalam hadis: Nabi SAW biasa memberi salam ke arah kanan, "Assalamualaikum warahmatullah," dan ke arah kiri, "Assalamualaikum warahmatullah." Riwayat al-Tirmidhi dan lain-lain.
- Tertib setiap rukun dengan aturan yang kita sebutkan. Jika dia melanggar tertib, seperti sujud sebelum rukuk dengan sengaja, batal solatnya. Jika kerana tersilap, hendaklah dia kembali ke posisi rukuk semula.

Jawapan: Terdapat 8 perkara wajib dalam solat, iaitu:
1. Takbir-takbir selain Takbiratul Ihram.
2. Ucapan: "Allah menyahut setiap yang memuji-Nya," bagi imam dan orang yang solat sendirian.
3. Ucapan: "Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji."
4. Ucapan: "Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung." Sekali ketika rukuk.
5. Ucapan: "Maha Suci Tuhanku yang Maha Tertinggi." Sekali ketika sujud.
6. Ucapan: "Wahai Tuhanku, ampuni aku." Ketika duduk antara dua sujud.
7. Bacaan tahiyat awal.
8. Duduk tahiyat awal.

Jawapan: Terdapat sebelas sunat, seperti berikut:
1. Membaca selepas takbiratul ihram: "Maha suci-Mu, wahai Allah, dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha tinggi kemuliaan-Mu, tiada yang berhak disembah selain-Mu." Ini dipanggil doa iftitah.
2. Membaca isti'azah.
3. Membaca bismillah.
4. Menyebut Amin seusai bacaan al-Fatihah.
5. Membaca surah lain selepas al-Fatihah.
6. Menyaringkan suara bagi imam.
7. Membaca selepas pujian iktidal: "Pujian sepenuh langit dan bumi, dan sepenuh apa-apa yang Kau inginkan."
8. Mengulang tasbih dalam rukuk lebih daripada sekali, iaitu tasbih kedua, ketiga dan seterusnya.
9. Mengulang tasbih dalam sujud lebih daripada sekali.
10. Mengulang ucapan "Rabbighfirli" antara dua sujud lebih daripada sekali.
11. Membaca selawat kepada Nabi SAW dalam tasyahhud akhir, serta mendoakan keberkatan ke atas baginda dan keluarganya, serta membaca doa selepasnya.
Sunat dalam perbuatan, juga disebut sunat hay'ah dalam solat, adalah:
1. Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram.
2. Mengangkat tangan ketika rukuk.
3. Mengangkat tangan ketika iktidal.
4. Meletakkan tangan ke bawah selepas itu.
5. Meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan ketika berdiri.
6. Memandang ke tempat sujud.
7. Menjarakkan antara kakinya ketika berdiri.
8. Memegang lutut dengan tangan dengan jari-jari direnggangkan ketika rukuk, serta meluruskan belakang dan memastikan kepala sejajar dengannya.
9. Menekan anggota sujud ke lantai dan memastikan anggota sujud menyentuh tempat sujud.
10. Merenggangkan lengan daripada sisi badan dan perut daripada paha semasa sujud, serta memisahkan peha daripada betis, merenggangkan lutut, meluruskan kaki dan meletakkan jari-jari kaki dengan rapat ke tanah. Kedua-dua tangan hendaklah diletakkan selari dengan bahu dengan jari-jari diluruskan.
11. Duduk iftirash (duduk dengan kaki kiri dilipat dan kaki kanan ditegakkan) di antara dua sujud dan dalam tasyahhud awal, serta duduk tawaruk (duduk dengan kaki kiri dilipat di bawah kaki kanan) dalam tasyahhud akhir.
12. Meletakkan tangan di atas peha dengan jari-jari dirapatkan semasa duduk di antara dua sujud dan ketika tasyahhud, kecuali dalam tasyahhud, jari manis dan kelingking di tangan kanan digenggam, ibu jari dan jari tengah dibulatkan dan jari telunjuk ditunjukkan ketika menyebut nama Allah.
13. Menoleh ke kanan dan kiri semasa memberi salam.

Jawapan:
1. Meninggalkan walaupun satu rukun atau satu syarat solat.
2. Bercakap dengan sengaja.
3. Makan dan minum.
4. Bergerak banyak secara berturut-turut.
5. Sengaja meninggalkan perbuatan wajib dalam solat.

Jawapan: Tatacara mendirikan solat adalah seperti berikut:
1. Menghadap kiblat dengan seluruh badan tanpa menyimpang atau berpaling.
2. Berniat solat yang ingin didirikan dalam hati tanpa melafazkannya.
3. Bertakbir dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan mengangkat kedua-dua tangan setentang dengan bahu ketika bertakbir.
4. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada.
5. Membaca doa iftitah, contohnya: "Ya Allah, jauhkanlah di antara aku dan kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahanku sebagaimana pakaian putih dibersihkan daripada kotoran. Ya Allah, basuhlah aku daripada kesalahanku dengan air, salji dan air batu."
Atau membaca:
"Maha suci-Mu, wahai Allah, dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha tinggi kemuliaan-Mu, tiada yang berhak disembah selain-Mu."
6. Membaca isti'azah, iaitu bacaan: "A'udhu billah mina sy-syaitanir-rajim." (Saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terlaknat)
7. Kemudian membaca basmalah dan al-Fatihah: Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang pengasih, lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami menyembah, hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Bimbinglah kami di atas jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat, bukan jalan orang-orang dimurkai atau orang-orang sesat. (Surah al-Fatihah: 1-7)
Kemudian, mengucapkan "Amin", yang bermaksud "Ya Allah, kabulkanlah."
8. Kemudian dia membaca apa-apa surah yang mudah dari al-Quran, dengan memanjangkan bacaan dalam solat Subuh.
9. Kemudian dia rukuk dengan membongkokkan badan sebagai tanda penghormatan kepada Allah dan mengucapkan takbir ketika rukuk. Mengangkat tangan setentang bahu ketika bertakbir. Sunah untuk meluruskan belakang dan memastikan kepala sejajar dengan belakang, serta meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut dengan jari-jari direnggangkan.
10. Dalam rukuk, mengucapkan: "Subhana rabbiyal 'azim" sebanyak tiga kali. Jika menambah: "Subhanakallahumma wa bihamdika, allahumma-ghfirli", maka itu lebih baik.
11. Bangkit daripada rukuk sambil mengucapkan: "Sami'allahu liman hamidah" dan mengangkat tangan setentang bahu. Makmum tidak perlu mengucapkan "Sami'allahu liman hamidah" tetapi sebaliknya mengucapkan: "Rabbana wa lakal hamd."
12. Selepas bangkit, mengucapkan: "Rabbana wa lakal hamd, mil'us samawati wa mil'ul ard wa mil'u ma shi'ta min shay'in ba'd."
"Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu."
13. Kemudian dia sujud pertama dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan bersujud menggunakan tujuh anggota: dahi dan hidung, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut, dan hujung kaki. Dia merenggangkan lengan daripada sisi badan dan tidak membaringkan lengan lantai serta memastikan jari-jari kaki menghadap kiblat.
14. Dalam sujud, dia mengucapkan: "Subhana rabbiyal a'la" tiga kali. Jika menambah: "Subhanakallahumma rabbana wa bihamdika, allahumma-ghfirli", itu lebih baik.
15. Kemudian dia bangkit dari sujud dengan mengucapkan "Allahu Akbar."
16. Kemudian dia duduk di antara dua sujud di atas kaki kiri yang dilipat dan menegakkan kaki kanan serta meletakkan tangan di atas peaha dan lutut.
17. Dalam duduk antara dua sujud, dia mengucapkan: "Rabbighfirli, warhamni, wahdini, warzuqni, wajburni, wa'afini."
"Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk, berikanlah rezeki kepadaku, perbaikilah keadaanku dan berikanlah aku kesihatan."
18. Kemudian dia sujud kali kedua sama seperti sujud pertama, dengan ucapan dan perbuatan yang sama. Mengucapkan "Allahu Akbar" ketika turun untuk sujud.
19. Kemudian dia bangkit dari sujud kedua dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan melakukan rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kecuali tanpa membaca doa iftitah.
20. Kemudian dia duduk selepas tamat rakaat kedua dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan duduk seperti duduk antara dua sujud.
21. Dia membaca tasyahhud dalam duduk ini: "Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan hanya untuk Allah. Salam sejahtera ke atasmu, wahai Nabi, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, berikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia."
Kemudian membaca:
"Aku berlindung dengan Allah daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Dajjal." Kemudian dia berdoa apa sahaja yang disukai daripada kebaikan dunia dan akhirat.
22. Kemudian dia memberi salam ke kanan dengan mengucapkan: "Assalamu 'alaikum wa rahmatullah", dan ke kiri dengan ucapan yang sama.
23. Jika solat itu tiga rakaat (seperti Maghrib) atau empat rakaat (seperti Zohor, Asar, dan Isyak), dia berhenti pada akhir tasyahhud pertama dengan mengucapkan: "Ashhadu alla ilaha illallah wa ashhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh."
24. Lalu dia berdiri untuk rakaat seterusnya dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan mengangkat tangan setentang bahu.
25. Kemudian dia meneruskan solat dengan cara yang sama seperti rakaat kedua, kecuali hanya membaca surah al-Fatihah tanpa surah tambahan.
26. Kemudian dia duduk tawaruk (duduk dengan kaki kiri dilipat di bawah kaki kanan) di akhir solat, menegakkan kaki kanan dan meletakkan kedua-dua tangan di atas peha seperti dalam tasyahhud pertama.
27. Dia membaca keseluruhan tasyahud ketika duduk ini.
28. Kemudian dia memberi salam ke kanan dan kiri seperti yang dilakukan sebelumnya.

Jawapan:

Membaca "Astaghfirullah" sebanyak tiga kali.
Membaca:

"Allahumma antas-salam, wa minkas-salam, tabarakta ya dhal-jalali wal-ikram."
(Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan. Maha Suci Engkau, wahai Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Agung).
Membaca:

"La ilaha illallah wahdahu la sharika lah, lahul mulk wa lahul hamd, wa huwa 'ala kulli shay'in qadir. Allahumma la mani'a lima a'tayta, wa la mu'tiya lima mana'ta, wa la yanfa'u dhal-jaddi minkal-jadd."
(Tiada tuhan selain Allah, yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kerajaan dan segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau halangi, dan kekayaan seseorang tidak memberi manfaat sedikit pun di hadapan kekayaan-Mu).
Membaca:

"La ilaha illallah wahdahu la sharika lah, lahul mulk wa lahul hamd, wa huwa 'ala kulli shay'in qadir, la hawla wa la quwwata illa billah, la ilaha illallah, wa la na'budu illa iyyah, lahun-ni'mah wa lahul-fadl wa lahuth-thana'ul hasan, la ilaha illallah mukhlisina lahud-din walau karihal kafirun."
(Tiada tuhan selain Allah, yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kerajaan dan segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada tuhan selain Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia. Milik-Nya segala nikmat, kelebihan dan pujian yang baik. Tiada tuhan selain Allah, kami ikhlas beribadah kepada-Nya walaupun orang-orang kafir membencinya).
Membaca "Subhanallah" sebanyak 33 kali,
"Alhamdulillah" sebanyak 33 kali,
dan "Allahu Akbar" sebanyak 33 kali.
Kemudian dia menyempurnakan 100 dengan membaca:
"La ilaha illallah wahdahu la sharika lah, lahul mulk wa lahul hamd, wa huwa 'ala kulli shay'in qadir."
(Tiada tuhan selain Allah, yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kerajaan dan segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).
Membaca surah al-Ikhlas dan al-Mu'awwidhat (surah al-Falaq dan surah al-Nas) tiga kali selepas solat Subuh dan Maghrib, manakala selepas solat-solat lain sebanyak sekali.
Membaca Ayat al-Kursi sekali.

Jawapan:

Dua rakaat sebelum solat Subuh.
Empat rakaat sebelum solat Zohor.
Dua rakaat selepas solat Zohor.
Dua rakaat selepas solat Maghrib.
Dua rakaat selepas solat Isyak.
Kelebihan:
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan dua belas rakaat (solat sunat) dalam sehari semalam, Allah akan membina buatnya sebuah rumah di syurga." Riwayat Muslim, Ahmad dan selainnya.

Jawapan: Hari terbaik dalam seminggu ialah hari Jumaat. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya hari yang terbaik antara hari-hari kamu ialah hari Jumaat. Pada hari itu, Adam diciptakan, pada hari itu dia diwafatkan, pada hari itu sangkakala akan ditiup, dan pada hari itu pula kebangkitan akan berlaku. Oleh itu, perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu, kerana selawatmu akan diperlihatkan kepadaku." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami akan diperlihatkan kepadamu sedangkan jasadmu telah hancur?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah mengharamkan bumi daripada memakan jasad para nabi." Riwayat Abu Dawud dan selainnya.

Jawapan: Solat Jumaat adalah fardu ain ke atas setiap Muslim lelaki yang baligh, berakal dan bermukim.
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah al-Jumu'ah: 9)

Jawapan: Bilangan rakaat solat Jumaat adalah dua rakaat, di mana imam membaca secara kuat, dan didahului oleh dua khutbah seperti mana yang sudah diketahui.

Jawapan: Tidak dibenarkan meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana mengambil remeh, Allah akan mengunci hatinya." Riwayat Abu Dawud dan selainnya.

Jawapan:
1. Mandi Jumaat. Nabi SAW bersabda: "Mandi hari Jumaat sangat digalakkan bagi setiap lelaki baligh." Riwayat al-Bukhari.
2. Mengenakan minyak wangi. Nabi SAW bersabda: "Wajarlah bagi orang-orang Islam untuk mandi pada hari Jumaat, dan hendaklah dia mengenakan wangian, meskipun wangian isterinya." Riwayat Ahmad dan al-Tirmidhi.
3. Mengenakan pakaian terbaik. Sunah ini berdasarkan hadis: "Tidak mengapa bagi salah seorang daripada kamu jika dia memiliki keluasan rezeki untuk mempunyai dua pakaian khusus untuk solat Jumaat selain daripada pakaian kerja." Riwayat Ibn Majah dan Malik dalam al-Muwatta'.
4. Bersegera pergi ke masjid.
5. Berjalan kaki ke masjid. Ini berdasarkan hadis: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian dia bersegera pergi (ke masjid), mendekati imam, mendengar dan diam, dia akan mendapat pahala setiap langkah yang diambilnya sama seperti setahun berpuasa dan berqiyam." Riwayat al-Tirmidhi dan al-Nasa'i
6. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ. Nabi ﷺ bersabda: "Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat kerana ia disaksikan oleh para malaikat. Sesiapa yang berselawat ke atasku, solatnya akan ditunjukkan kepadaku sehingga dia selesai." Riwayat Ibn Majah.
7. Membaca surah al-Kahfi. Dalam hadis: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahf pada hari Jumaat, akan diterangi dengan cahaya di antara dua Jumaat." Riwayat al-Hakim dan lain-lain.
8. Mencari waktu mustajab doa. Berdasarkan hadith daripada Abu Hurayrah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang tidak serentak dengan seorang Muslim yang sedang berdiri solat, lalu dia berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya apa yang dia minta." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jawapan:
Berdasarkan hadis daripada Abdullah bin 'Umar RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Solat berjemaah lebih utama daripada solat seorang diri sebanyak dua puluh tujuh darjat." Hadis riwayat Muslim.

Jawapan:
Khusyuk dalam solat bermaksud kehadiran hati dan ketenangan anggota badan.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka." (Surah al-Mu'minun, 1-2)

Jawapan:
Zakat ialah hak yang wajib diambil daripada bahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan tertentu, pada waktu tertentu.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam dan ia adalah sedekah yang wajib diambil daripada orang kaya dan diberikan kepada orang miskin.
Allah SWT berfirman:
"Dan bayarlah zakat." (Surah al-Baqarah: 43)

Jawapan:
Sedekah yang sunat ialah sedekah yang bukan zakat, seperti bersedekah dengan apa sahaja kepada perkara kebaikan pada bila-bila masa.
Allah SWT berfirman:
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah." (Surah al-Baqarah: 195)

Jawapan:
Puasa adalah beribadah kepada Allah dengan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dengan niat.
Terdapat dua jenis puasa:

1. Puasa wajib: Seperti puasa bulan Ramadan, yang merupakan salah satu daripada rukun Islam.
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah: 183)
2. Puasa yang tidak wajib: Seperti puasa Isnin dan Khamis setiap minggu dan puasa tiga hari setiap bulan, yang paling afdal pada hari-hari putih (13, 14, 15) dalam setiap bulan qamari.

Jawapan:
Berdasarkan hadith daripada Abu Hurayrah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampuni dosanya yang telah lalu." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jawapan:
Berdasarkan hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari di jalan Allah, melainkan Allah menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Maksud "tujuh puluh musim luruh" ialah tujuh puluh tahun.

Jawapan:
1. Makan minum dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.

Jawapan:
1. Menyegerakan berbuka.
2. Melewatkan sahur.
3. Memperbanyakkan amal ibadah.
4. Jika dikutuk, dijawab: "Saya berpuasa."
5. Berdoa sebelum berbuka puasa.
6. Berbuka puasa dengan kurma. Jika tiada, dengan air.

Jawapan: Haji adalah ibadah kepada Allah Taala dengan menziarahi rumah-Nya yang suci untuk melakukan amalan-amalan tertentu pada waktu tertentu.
Allah SWT berfirman:
"Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu menempuh perjalanan ke sana. Sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian alam." (Surah Ali `Imran: 97)

Jawapan:
1. Ihram.
2. Wukuf di Arafah.
3. Tawaf Ifadah.
4. Sa'i di antara Safa dan Marwah.

Jawapan:
Berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak berkata buruk, dan tidak melakukan maksiat, maka dia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya." Riwayat al-Bukhari dan lain-lain.
Maksud "seperti hari dilahirkan oleh ibunya" adalah tanpa dosa.

Jawapan:
Umrah adalah ibadah kepada Allah Taala dengan menziarahi rumah-Nya yang suci untuk melakukan amalan-amalan tertentu pada bila-bila masa.

Jawapan:
1. Ihram.
2. Tawaf sekeliling Kaabah.
3. Sa'i di antara Safa dan Marwah.

Jawapan:
Jihad adalah usaha bersungguh-sungguh dalam menyebarkan Islam dan mempertahankannya serta mempertahankan kaum Muslimin, atau memerangi musuh Islam dan orang Islam.
Allah SWT berfirman:
"Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu di jalan Allah. Itulah yang terbaik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah al-Tawbah: 41)
**********

Jawapan: Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apakah kamu semua pernah melihat jika ada sungai di pintu rumah seseorang di antara kamu, lalu dia mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal kotoran pada dirinya?" Para sahabat menjawab: "Tidak, tidak tertinggal sedikit pun kotoran." Rasulullah SAW bersabda: "Begitulah perumpamaan solat lima waktu, Allah menghapuskan dosa-dosa dengan solat tersebut." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Perkataan al-Daran bermaksud kotoran.